Isnin, 7 Julai 2014

8 Kata-Kata Hikmah dan Inspirasi Kehidupan



Banyak tahu akan menyedarkan kita perkara yang kita tidak tahu.
Tapi tidak tahu akan menyebabkan kita merasa tahu semua perkara.


Hanya kerana mimpimu tertunda, tidak bererti Tuhan menolaknya. Semua akan indah pada waktunya.


Sahabat adalah dia yang tahu kekuranganmu, tapi menunjukkan kelebihanmu. Dia yang tahu ketakutanmu, tapi menunjukkan keberanianmu.


Jangan dihitung berapa kali orang menyakiti dan meninggalkanmu, tetapi hitunglah berapa kali kau pernah menyakiti Tuhanmu dan ketahuilah Tuhan tidak pernah meninggalkanmu.


Kita akan belajar lebih banyak mengenai sebuah jalan dengan menempuhnya, daripada dengan mempelajari semua peta yag ada di dunia.


Belajar memang meletihkan, namun lebih kita akan lebih letih kelak jikalau tidak belajar saat ini.


Ilmu itu didapati dari lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir.


Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik.

Sabtu, 5 Julai 2014

9 Sumber Inspirasi Terbaru 2014


1. Kecantikan adalah dari dalam ke luar bukan dari luar ke dalam.

2. Kegembiraan adalah pada memberi dan bukan sekadar menerima.

3. Konsistensi adalah seperti burung yang terbang melawan angin.

4. Pengetahuan bukan diajar di sebuah sekolah sahaja.

5. Panas dan hujan menghadiahkan pelangi yang indah. Demikian kegembiraan dan kesusahan dalam kehidupan.

6. Hanya ikan yang mati sahaja yang berenang mengikut arus.

7. Jadilah seperti air, biarpun ada batu menghalang, ia tetap mara ke hadapan.

8. Kejayaan adalah untuk orang yang berusaha. Bukan untuk orang duduk bersahaja.

9. Kegagalan adalah kejayaan jika kita dapat belajar sesuatu daripadanya.

Selasa, 17 Jun 2014

18 Kata-Kata Inspirasi

Kehidupan penuh dengan ujian. Adakalanya kita di hadapan, adakalanya kita di belakang. Kadang-kadang kita terasa semacam sudah ingin berputus asa. Namun percayalah, kejayaan itu bukan untuk semua orang. Ianya khusus untuk mereka yang mampu menghadapi cabaran.


Justeru inspirasikan diri anda dengan kata-kata inspirasi. Supaya anda sentiasa bersemangat kental dan berusaha keras untuk mengejar dan menggapai impian anda. Saya kongsikan dengan anda kali ini 18 kata-kata inspirasi yang menarik.


1. Jika anda ingin jatuh, jatuhlah ke depan. Kerana jika anda jatuh ke depan, anda masih selangkah di hadapan.

2. Mulakan sesuatu dengan apa yang anda ada dan di mana anda berada.

3. Tiada yang mustahil melainkan anda mengatakannya mustahil.

4. Kita mungkin tidak dapat membantu semua orang tetapi kita boleh membantu seseorang.

5. Jangan melihat kepada siapa yang bercakap tetapi lihatlah kepada apa yang dicakap.

6. Siapa anda ditentukan oleh siapa kawan-kawan rapat anda.

7. Kesusahan bukan bererti kegagalan. Kesusahan adalah syarat kejayaan.

8. Jadilah orang yang hidup, bukan sekadar hidup-hidupan.

9. Kejayaan milik mereka yang berusaha bukan milik mereka yang duduk bersahaja.

10. Jika tidak ada peluang, ciptalah peluang.

11. Berikan cahaya dan kegelapan akan hilang.

12. Masih belum terlambat untuk menjadi apa yang anda ingin jadi.

13. Impian dan tindakan akan membawa kejayaan.

14. Ada dua cara untuk membawa cahaya; menjadi lilin atau menjadi cermin yang memantulkan cahaya.

15. Semakin banyak kita memberi, semakin mencurah-curah rezeki.

16. Keajaiban lahir dari usaha yang berterusan.

17. Manusia mempunyai akal tetapi membuat keputusan mengikut emosi.

18. Semalam telah berlalu. Esok akan bertemu. Sekarang mesti padu.

8 Kata-Kata Semangat

Baru-baru ini sedang saya menyelak nota-nota, terjumpa 8 kata-kata semangat yang saya salin suatu ketika dahulu. Kata-kata ini memberikan semangat untuk saya lebih berusaha dan terus maju dalam kehidupan. 


1. Tangan yang di atas lagi mulia dari tangan yang memberi.

2. Hidup ini semakin indah apabila kita semakin banyak memberi. 
Hidup ini semakin derita apabila kita semakin banyak meminta.

3. Minda adalah seperti ladang yang subur. Jika kebaikan yang ditanam maka suburlah kebaikan itu. Jika keburukan ditanam maka hancurlah ladang itu.

4. Dua pilihan kehidupan; Bangun dan bertindak sekarang atau cari alasan.

5. Anda akan 100% gagal jika anda tidak mencuba.

6. Anda adalah apa yang anda fikirkan.

7. Apa yang terjadi kepada anda tidak penting. Tetapi bagaimana anda memberi reaksi itu lebih penting.

8. Siapa anda di masa akan datang akan ditentukan oleh apa yang anda baca sekarang,

10 Kata-Kata Motivasi Terbaik 2014

Motivasi umpama mandi. Kita perlulkan setiap hari. Di ruangan ini saya berkongsi 10 kata-kata motivasi yang menggembirakan hati.

Selamat berkongsi.


1. Carilah kebahagiaan kita dengan memberi kebahagiaan pada orang lain.

2. Orang yang bijak tidak reaktif, tetapi produktif.

3. Orang yangg kenyang dengan kasih sayang Allah tidak perlukan kasih sayang manusia.

4. Orang bijak adalah orang yang selalu belajar dari kegagalannya sedangkan orang yang bodoh adalah orang yang selalu menutupi kegagalannya.

5. Genggamlah bumi sebelum bumi menggengam anda, pijaklah bumi sebelum bumi memijak anda.

6. Hanya kerana mimpimu tertunda, tidak bererti Tuhan menolaknya. Semuanya akan indah pada waktunya. PERCAYA!

7. Sahabat adalah dia yg tahu kekuranganmu, tapi menunjukkan kelebihanmu. Dia yg tahu ketakutanmu, tapi menunjukkan keberanianmu.

8. Jangan lihat siapa yg berbicara, tapi dengarkan apa yg mereka bicarakan.

9. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

10. Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambahkan dukanya.